Saturday, May 2, 2015

Tarbiyah tu ape kawan?

Bismillah, Assalamualaikum.
Untuk entri pertama blog ni, sesuai dengan tema tarbiyah, jadi kita define dulu tarbiyah tu apa.
Ada macam allergy tak dengar nama tarbiyah? usrah? 'oh lame. ni mesti gaya2 budak universiti'.
camtukah anda?atau,'ok i know it very well and i like it..' ? well, u know who u are.anyway, just read.

Hadis Riwayat Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda: "Setiap anak itu dilahirkan dalam keadaan fitrah. Kedua-dua org tuanya lah yang membuatnya menjadi seorang Yahudi, seorang Nasrani ataupun seorang Musyrik." Lalu seorang laki-laki bertanya: "Ya Rasulullah! Bagaimana pendapat engkau kalau anak itu mati sebelum itu?" Baginda menjawab:"Allah lebih tahu tentang apa yg pernah mereka kerjakan." [Hadis Riwayat Muslim]

Maksud Islam itu ialah tunduk dan patuh sepenuhnya. Seluruh jiwa dan raga, tanpa bantahan, tanpa kompromi.
Hakikat islam ialah segala benda yang mengikut sunnatullah atau aturan Allah itu, adalah islam.